TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN


1. Untuk urusan permohonan visa Malaysia, semua urusan visa dengan rujukan (VDR) bagi warganegara Indonesia dan bukan Indonesia tidak lagi di proses di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta mulai 17 Oktober 2022

2. Urusan Visa dengan rujukan (VDR) bagi warganegara Indonesia dan bukan Indonesia perlu dibuat di Syarikat pengedali visa Malaysia yang telah dilantik di alamat berikut :-

VFS GLOBAL Visa Malaysia Agency (VIMA)
Kuningan City Mall,
2nd Floor No L2-10,
Jl.Prof.Dr.Satrio,No. Kav 18,
RT.14/RW/4, Kuningan, Karet Kuningan,
Setiabudi, Jakarta Selatan
Jakarta 12490
No. Tel : +622150101366 / +622150957939/ +622130418729
Emel : pertanyaan@vima.co.id
info.myid@vfshelpline.com

3. Atau pemohon boleh membuat permohonan secara online dilaman web Jabatan Imigresen Malaysia di pautan / link berikut :- https://malaysiavisa.imi.gov.my

4. Bagi urusan VDR Pekerja Asing harus dibuat melalui agensi pengendali VISA yang dilantik iaitu VFS GLOBAL.

5. Jika terdapat sebarang permasalahan yang berkaitan permohonan evisa, boleh tanyakan melalui butang Live Chat Supportdi portal eVisa (https://malaysiavisa.imi.gov.my) berfungsi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

6. Untuk pertayaan FAQ EVISA boleh muat turun disini

5. Temujanji melalui Sistem Temujanji Online bermula 01 Januari 2023 hanya untuk urusan visa tanpa rujukan (VTR) bagi warganegara Indonesia (pertimbangan dan syarat khusus - tujuan kunjungan sosial biasa tidak layak) dan urusan Konsular sahaja.

6. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
Tarikh Kemaskini : 9 Januari 2023

PENGUMUMAN!!!


1. Sila google penuh link berikut untuk Temujanji sto.imi.gov.my/atase/jakarta

2. Gunakan Pelayar Google @ Chrome

3. Setelah Temujanji dibuat, notification adalah melalui email- boleh terus semak email anda.

4. Satu temujanji boleh lebih daripada satu urusan.

5. Tarikh temujanji tidak boleh ditukar. Jika tidak dapat hadir pada tarikh dipilih, tidak perlu di batalkan temujanji. Boleh hadir pada tarikh lain.

[ MUAT TURUN DOKUMEN RISALAH UNTUK RUJUKAN]

Tarikh Kemaskini : 9 Januari 2023